LDP Sesak Teruk Gara-gara Kelibat ‘Misteri’ Di Sungai Klang

Kehadiran KELIBAT MISTERI yang muncul di atas beting tanah ditengah-tengah Sungai Klang telah mengejutkan pengguna jalan raya Lebuhraya Damansara-Puchong(LDP) berhampiran Kampung Tengah Batu 13.


[BUAYA] Reptilia ini juga membuatkan orang ramai datang berpusu-pusu untuk melihatnya lebih dekat selepas mendapat berita tentangnya yang tular di laman Facebook.

Dilihat ramai penunggang motosikal dan pemandu kereta yang melalui jambatan di atas LDP berhenti di tepi jalan untuk tidak melepaskan peluang melihat buaya berkenaan.

Oleh itu,jumlah kenderaan yang berhenti semakin meningkat dan parkir di tepi jalan menyebabkan lebuhraya berkenaan telah mengalami kesesakan yang agak teruk.

Menurut seorang pengguna Facebook bernama Zalina Rahman, kerana kehadiran buaya itu, dia yang dalam perjalanan ke Teluk Panglima Garang kini tersangkut di dalam kesesakan kerana
ramai ingin melihat buaya itu berhenti menyebabkan jalan sesak.

Menurut Noor Ziana pula, pada mulanya dia menyangka berlaku kemalangan jalan raya punca jalan sesak teruk, rupanya ramai berhenti di tepi jalan semata-mata untuk lihat buaya.

Tambahan lagi, buaya yang muncul di dalam sungai ini bukanlah kali pertama, di mana pernah dilaporkan kehadiran reptilia ganas ini pada April lalu dan Disember 2015.

loading...
TwitterFacebookGoogle+Share

Comments

comments

Powered by Facebook Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *