Konvoi Bikers ‘Berok Bekeng’ Bersama ‘Datuk’ Lagak Samseng Jalanan?

Foto:Facebook Superbike Malaya

Tular di laman Facebook sejak semalam mengenai dakwaan seorang remaja menjadi mangsa samseng jalanan oleh sekumpulan konvoi motosikal berkuasa tinggi yang diketuai oleh seorang individu berpangkat ‘datuk’.

Status yang dimuat naik di laman Facebook Superbiker Malaya tidak memaklumkan lokasi dan masa kejadian, namun insiden dipercayai berlaku ketika kumpulan bikers dari Pantai Timur itu melalui Lebuhraya Utara-Selatan.

Menurut kemaskini laman Facebook itu, kumpulan konvoi penunggang motosikal berkuasa tinggi berkenaan yang tidak dilakukan secara rasmi telah menghalang laluan pengguna jalan raya lain.

Konvoi berkenaan didakwa dilakukan oleh bikers yang menggelarkan kumpulan mereka sebagai ‘Berok Bekeng’.

Ekoran tindakan kumpulan konvoi berkenaan yang menghalang lalu lintas, seorang remaja yang menunggang motosikal jenis Yamaha 125z dikatakan memotong geng ‘Berok Bekeng’ yang mengiringi individu bergelar ‘datuk’ di lorong kecemasan.

Namun, tindakan itu mengakibatkan salah seorang daripada mereka naik angin.

“Dengan panas hati seekor ‘berok’ (ahli kumpulan itu) yang mengelar macai kepada ketua berok yang bergelar dato tadi terus mengejar budak 125z tadi lalu menghimpit budak tersebut sehingga hampir kemalangan.

“Dianggarkan seramai 12 ekor (orang) beruk tersebut terus datang menumbuk budak 125z tersebut,” demikian menurut kemaskini di entri itu yang sehingga kini dikongsi lebih 2,200 pengguna Facebook.

Laman Facebook tersebut yang mempunyai lebih 25,000 pengikut laman sosial turut mengecam keras tindakan kumpulan berkenaan sebagai samseng dan berlagak.

“Ingat, walau berapa besar dan kecil motosikal kita, kita rider, kita sama sama dua roda, cubit peha kiri, peha kanan terasa.

“Jom bersama-sama kami hapuskan (samseng jalanan),” tulis pengendali Facebook itu.

Superbiker Malaya juga turut memuat naik mesej daripada mangsa yang diterima menerusi perbualan WhatsApp.

Dakwa mangsa yang tidak didedahkan identiti itu, ketika kejadian dia bersama beberapa rakannya menunggang motosikal dalam perjalanan menuju ke Hentian Rehat dan Rawat (R&R) Ayer Keroh.

Kumpulan berkenaan kemudian memotongnya menyebabkan dia yang berada di laluan tengah terpaksa menunggang menggunakan laluan paling kiri.

Dakwanya lagi, disebabkan sebahagian rakan-rakannya sudah sampai di R&R Ayer Keroh, dia terpaksa memecut laju dan memotong kumpulan konvoi berkenaan menggunakan laluan kecemasan.

Namun, tindakannya memotong kumpulan berkenaan disalah erti sebagai cubaan mahu mengajak berlumba, menyebabkan salah seorang daripada kumpulan konvoi itu berang lalu mengejarnya.

“Mereka jerit supaya berhenti. Dari atas motor saya cakap kenapa abang… saya angkat tangan, saya minta maaf kalau ada salah.

“Saya terus ke depan, dia himpit lagi. Cara jerit kasar, macam nak samun. Dari cara himpit tu nak bagi saya kemalangan, saya terus akur dan berhenti.

“(Salah seorang kumpulan konvoi berkenaan) Terus pegang saya dalam keadaan atas motor dan terus tumbuk. Tumbukan pertama kena visor (topi keledar),” dakwa mangsa, sambil menambah bahawa dia dimarahi kerana tidak menghormati ‘datuk’.

Dalam keadaan kebingungan, mangsa menjelaskan dia tidak tahu bahawa konvoi itu disertai oleh individu bergelar ‘datuk’ namun lelaki itu terus melepaskan tumbukan kedua yang mengena pada bahagian mata mangsa.

“Tumbukan tu menyebabkan kepala saya berasa pening. Saya duduk kat divider. Datuk tu turun motor (beroda tiga) dan cakap kat saya, ‘kau nak race, mari aku tumbuk kau’,” katanya.

Tambah mangsa, rakan-rakannya yang lalu di lokasi kejadian cuba untuk membantunya namun dihalau oleh kumpulan berkenaan dan rakaman insiden yang dirakam menggunakan telefon bimbit juga telah dipadam oleh kumpulan berkenaan.

Beberapa keping gambar kumpulan geng ‘Berok Bekeng’ dimuat naik di laman Facebook Superbike Malaya, termasuklah wajah lelaki yang didakwa menyerang dan menumbuk mangsa.

Salah seorang ahli kumpulan berkenaan yang didakwa memukul mangsa/Foto: Facebook Superbike MalayaSalah seorang ahli kumpulan berkenaan yang didakwa memukul mangsa/Foto: Facebook Superbike Malaya

Sehingga kini, tiada sebarang kenyataan balas daripada kumpulan ‘Berok Bekeng’ berhubung dakwaan insiden itu, namun rata-rata pengguna Facebook mengecam tindakan kumpulan berkenaan dan individu berstatus ‘datuk’.

– mD

loading...

Comments

comments

Powered by Facebook Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *