Kedai Judi : Tembakan Dilepaskan! Cerita Sebenar 50 Warga Cina Asing Menyerang Anggota Polis Ketika Menyiasat di Kuala Lumpur!

Kedai Judi : Tembakan Dilepaskan! Cerita Sebenar 50 Warga Cina Asing Menyerang Anggota Polis Ketika Menyiasat di Kuala Lumpur!

KUALA LUMPUR  – Lebih 50 lelaki dipercayai warga China ditahan selepas menyerang sepasukan anggota polis yang cuba memeriksa sebuah premis disyaki menjalankan kegiatan judi di Jalan Abaraham Off Jalan Khoo Teik Ee, dekat sini, sebentar tadi.

Dalam kejadian kira-kira pukul 10.30 malam itu, pasukan polis yang terdiri daripada tujuh anggota berpakaian preman tersebut terpaksa melepaskan empat das tembakan ke udara bagi mengawal keadaan.

Ketua Polis Daerah Dang Wangi, Asisten Komisioner Shaharudin Abdullah berkata, tujuh anggota terbabit menerima maklumat mengenai kegiatan judi berkenaan ketika sedang melakukan rondaan.

“Sebaik tiba di lokasi, kira-kira 200 lelaki dipercayai warganegara China berada di situ dan cubaan anggota untuk melakukan pemeriksaan dihalang dan mereka turut diserang.

“Untuk mempertahankan diri, mereka terpaksa melepaskan empat das tembakan ke udara sementara menunggu bantuan tiba ke lokasi tersebut,” katanya dalam satu kenyataan di sini.

Tambahnya, kesemua yang ditahan dibawa ke Ibu pejabat Polis Daerah Dang Wangi untuk siasatan mengikut Seksyen 147/353 Kanun Keseksaan dan Seksyen 6 Akta Rumah Judi Terbuka 1953.

loading...

Comments

comments

Powered by Facebook Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *