Kalau BN Memerintah Jamal Yunos calon MB Selangor


KETUA Umno Bahagian Sungai Besar, Datuk Seri Jamal Yunos atau popular dengan nama Jamal Jamban dilapor mendakwa dirinya adalah calon Menteri Besar Selangor sekiranya Barisan Nasional (BN) memerintah negeri itu.

“Kalau BN memerintah, sayalah calon menteri besar dan inilah yang saya takutkan sebab dalam diri saya ini tidak seperti Azmin yang pandai menipu membohong dan putar belit,” katanya seperti yang dipetik oleh media tempatan. Keratan laporan itu turut tersebar di media sosial.

Jamal juga mendedahkan, tujuan menawarkan dirinya untuk menentang Mohamed Azmin adalah untuk mengukur tentang kemampuan beliau dalam politik.

“Saya tidak mahu di Sekinchan, Sungai Besar kerana saya melihat Sungai Besar ini bila-bila masa saja saya boleh menang,” katanya.

Ditanya tentang kenyataan pengerusi Umno Selangor, Tan Sri Noh Omar yang menganggap beliau satu-satunya calon yang layak menandingi Mohamed Azmin, Jamal berkata, jika pucuk pimpinan memikirkan begitu Beliau akan bersiap sedia untuk bertanding di kubu kuat Mohamed Azmin.

Sebelum ini pernah tersebar perbualan WhatsApp Jamal dan para pengikutnya dalam sebuah kumpulan bernama Gerakan Merah, di mana dia menyatakan hasrat untuk menjadi Menteri Besar Selangor.

Jamal dalam perbualan itu turut meluahkan hasratnya untuk bertanding di kerusi DUN Sekinchan dan berjanji akan melantik Datuk Ismail Kijo, sebagai Exco kanannya.

Rujuk link berikut untuk membaca pendedahan sebelum ini

loading...

Comments

comments

Powered by Facebook Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *