Jururawat wanita dirogol berkali-kali secara bergilir 2 lelaki sehingga pengsan

 KAPIT : Mereka memang kejam ini lah boleh diibaratkan habis manis sepah dibuang. Itu yang berlaku kepada seorang jururawat yang ditinggalkan dalam keadaan separuh bogel di kawasanperindustrian bleteh, sarawak kelmarin.

Mangsa ditemui dalam keadaan tidak sedarkan diri selepasdipercayai dirogol secara bergilir-gilir oleh dua lelaki yang dikenalinya.

Dalam kejadian kira-kira jam 6.30 petang itu, mangsa yang bekerja sebagai jururawat desa di sebuah pusat kesihatan ditemui orang awam sebelum polis dan ambulans dimaklumkan untuk tindakan lanjut.

Difahamkan, mangsa yang berusia 22 tahun itu keluar berhibur bersama rakannya di dua buah pusat karaoke di sekitar daerah itu sehingga awal pagi.

Mangsa dikatakan berkenalan dengan dua lelaki dan dipercayai mengambil minuman keras sehingga mabuk.

Ketua Polis Daerah Kapit, Deputi Superintendan Freedy Bian berkata, susulan kejadian itu, dua lelaki berusia 23 dan 26 tahun ditahan.

Menurutnya, kedua-dua suspek ditahan di sekitar bandar daerah berkenaan selepas beberapa jam laporan dibuat susulan mereka merupakan individu terakhir yang dilihat bersama mangsa.

Suspek mengaku keluar bersama mangsa namun mendakwa wanita itu ke sebuah pusat karaoke bersama individu lain,katanya.

Freedy berkata, pemeriksaan mendapati terdapat kesan koyakan pada kemaluan mangsa yang kini masih mendapatkan rawatan di Hospital Kapit.

Katanya, polis masih menunggu keterangan daripada mangsa bagi mendapatkan gambaran jelas mengenai kejadian.

Menurutnya, dua suspek ditahan reman untuk siasatan dan kes disiasat mengikut Seksyen 376 Kanun Keseksaan kerana merogol.

loading...
TwitterFacebookGoogle+Share

Comments

comments

Powered by Facebook Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *