JENAZAH BONDA DYMM SULTAN JOHOR SELAMAT TIBA

Suasana hiba menyelubungi perkarangan Hangar DiRaja Lapangan Terbang Antarabangsa Senai (LTAS) ketika keranda bonda DYMM Sultan Johor diusung turun dari pesawat peribadi milik Baginda.

Terdahulu pesawat yang membawa jenazah bonda Tuanku Sultan Johor tiba dari London pada jam 11 malam dengan diiringi oleh DYMM Permaisuri Johor Raja Zarith Sofiah Binti Almarhum Sultan Idris Shah.

Mengiringi sama ialah KYDTM Tengku Puan Pahang Tunku Hajah Azizah Aminah Maimunah Iskandariah Binti Almarhum Sultan Iskandar dan YAM Tunku Besar Zabedah Aminah Maimunah Iskandariah Binti Almarhum Sultan Iskandar.

Tuanku Sultan Ibrahim Ibni Almarhum Sultan Iskandar dan DYAM Tunku Mahkota Johor Tunku Ismail Ibni Sultan Ibrahim serta paduka-paduka anakanda berkenan hadir menyambut ketibaan jenazah Almarhumah YAM Enche’ Besar Hajah Khalsom Binti Abdullah bersama Keluarga serta Kerabat DiRaja Johor.

Jenazah Almarhumah Hajah Khalsom kemudian diusung ke ambulans peribadi Tuanku Sultan Ibrahim sebelum dibawa ke Istana Besar.

Almarhumah Hajah Khalsom, 82, mangkat pada jam 7.55 malam (waktu London) di Hospital King Edward VII, London pada 1 Jun lalu.

Almarhumah akan dimakamkan di Makam DiRaja Bukit Mahmoodiah sebelum solat zohor esok (6 Jun).

#sultanjohor
#royalpressoffice

kredit : Sultan Ibrahim Sultan Iskandar

loading...
TwitterFacebookGoogle+Share

Comments

comments

Powered by Facebook Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *