Gambar Doktor Gigi Palsu Dengan KM Melaka Pula Cetus Spekulasi.



Minggu ini laman sosial menjadi kecoh dengan seorang gadis yang dikenali dengan nama Nara. Siapakah Nara dan mengapa dia tiba-tiba menjadi popular dalam sekelip mata?

Siapakah Nara?

Nama sebenarnya ialah Nur Farahanis dan baru berusia 20 tahun. Beliau menjadi sensasi di internet kerana menumbuk dinding selepas didapati bersalah kerana menyamar menjadi doktor gigi dan dikenakan hukuman sebanyak 70,000 Ringgit Malaysia.

Gadis itu kemudiannya gagal membayar denda dan dikenakan hukuman penjara 6 bulan atas kegagalannya itu.

Semakin kecoh

Bagaimanapun cerita Nara tidak terhenti disitu apabila selepas 6 hari dipenjarakan, beliau dibebaskan selepas denda dibayar sepenuhnya melalui hasil kutipan derma. Kutipan itu dilakukan oleh kumpulan Dragon 76 yang diasaskan oleh geng-geng bikers, motorsikal berkuasa besar.

Menurut salah seorang ahli kumpulan tersebut, Amir Hamzah, kumpulan berkenaan diasaskan selepas rakan baik kepada pengasas kumpulan Dragon mengkhianati pengasas kumpulan tersebut apabila bermain ‘cerekarama’ dengan isteri pengasas. Kemudiannya mereka berpecah dan wujudlah team Dragon 76 yang kini melibatkan secara aktif dalam bidang perniagaan dan membantu orang yang memerlukan.

PPIM dikaitkan

Apa yang membuatkan cerita derma untuk membebaskan Nara itu menjadi tular ialah kerana penglibatan PPIM. Menurut laporan News Strait Times, Datuk Nazim Johan telah mengeluarkan pandangan yang positif terhadap doktor gigi palsu itu. Menurut Datuk Nazim yang juga Pengerusi PPIM;

– Nara ialah gadis yang bijak
– Nara ialah aset
– Nara patut diberi peluang kedua kerana dia melakukan seperti itu (menyamar doktor gigi palsu) untuk membantu keluarga dari kemiskinan dan cabaran hidup
– Nara hanya membantu rakan-rakannya membetulkan braces hasil pembelajarannya menerusi Youtube

Geng doktor mengamuk

Susulan dari laporan akhbar itu, ia membuatkan geng-geng doktor seluruh Malaysia mengamuk marahkan PPIM. Bagi mereka PPIM sepatutnya tumpu membela nasib mangsa yang teraniaya dengan scammer dan bukannya membantu scammer itu sendiri.

PPIM juga turut dikritik kerana pemberian derma tersebut bagaimanapun kumpulan Dragon 76 pada semalam menafikan PPIM ada mengeluarkan derma untuk disalurkan kepada Nara. Penglibatan PPIM adalah untuk bantuan dari segi proses perundangan dan khidmat nasihat.

Nara keluar video riak

Tidak cukup dengan laporan akhbar, Nara kemudiannya menyebarkan video seolah-olahnya beliau riak dan tidak menyesali akan perbuatan beliau.

Perkara itu kemudiannya membangkitkan lagi kemarahan pihak-pihak yang mempersoalkan PPIM. 

Dragon 76 keluar video merapu

Selepas rakaman video Nara menjadi sensasi di laman sosial, Amir Hamzah yang mewakili Dragon 76 tampil dengan video merapu yang menyalahkan pihak-pihak yang menghukum Nara. Malahan beliau mendakwa kes tersebut adalah cubaan sabotaj ke atas gadis itu.

“Braces yang dibeli itu semua ori, beli kat farmasi, barangan original,” katanya dalam rakaman berkenaan.

Bagaimanapun selepas dikecam hebat, Amir Hamzah telah menyorokkan video berkenaan dan membuat satu lagi video baru bagi memberikan penjelasan.

Menurut Amir Hamzah, ketika itu dia dalam keadaan emosi dan terikut dengan sentimen bagaimanapun beliau telah pun faham bahawanya apa yang dilakukan oleh Nara itu adalah salah dan tidak wajar dibela. Namun beliau merasakan Nara wajar diberikan peluang kedua kerana masih muda tambahan lagi kita semua ada melakukan kesilapan dan tidak wajar jika kesilapan lampau diheret untuk memusnahkan masa hadapan kita, katanya.

Nara bergambar dengan KM Melaka

Memandangkan Nara dalam sekelip mata menjadi manusia dibenci secara tiba-tiba di laman sosial, netizens mula melakukan semakan dan siasatan ke atas Nara. 

Mereka menyebarkan gaya hidup Nara yang kononnya disifatkan sebagai miskin.

Mereka juga menyebarkan screenshot Nara yang memetik beberapa nama menteri di KKM sehingga KKM terpaksa mengeluarkan penafian bahawanya pernah terlibat dengan gadis itu untuk sebarang tujuan.

Mereka juga menyebarkan gambar Nara yang diambil bersama KM Melaka pada 20 September lepas. Dan ia turut mendatangkan pelbagai spekulasi berhubung penyebaran gambar tersebut.

“Thanks for everything uncle,” tulis Nara di gambar yang dikongsikan beliau menerusi akaun Instagram.

Bagaimanapun tidak dapat dipastikan kenapa gambar itu diambil dan atas urusan apa mereka berjumpa.  

Pandangan kami

1. Nara patut diberikan peluang kedua, ketiga, keempat dan seterusnya untuk berubah dan memperbaiki kesilapannya. Bukan kerana beliau masih muda tetapi kerana beliau telah pun dikenakan hukuman dan membayar denda tersebut – meskipun hasil dari kutipan derma.

2. Nara juga tidak seharusnya bersikap sombong, riak dan memperlekehkan bidang pergigian dengan memandai-mandai menjadi doktor segera hasil pembelajaran di Youtube. Jika Nara sendiri seorang pesakit, mahukan Nara dirawat oleh doktor yang tak terlatih? Oleh itu berhentilah buat kerja-kerja scammer dan mulakan mencari rezeki yang halal. Menjadi doktor gigi palsu adalah kerja scammer dan haram. Memasang braces bukan sekadar meletakkan dawai di atas gigi tau. Itu kerja orang belajar Youtube. Orang belajar medical tahu benda tu salah disebabkan memasang braces memerlukan satu SOP standard yang perlu dipatuhi kerana keadaan gigi kita yang berbeza-beza. Malahan tahap kesihatan dan alergik pesakit pun memainkan peranan. Jangan sesuka hati aje woi.

3. PPIM tidak sepatutnya melibatkan diri dengan scammer melainkan dengan tujuan membawa scammer ke muka pengadilan ataupun untuk tujuan menginsafkan scammer.

Sekian.

loading...

Comments

comments

Powered by Facebook Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *