Bekas ADUN PAS Selangor Noor Hanim ditahan SPRM kes salah guna kuasa berjumlah RM50,000

Bekas ADUN PAS Selangor Noor Hanim  ditahan SPRM kes salah guna kuasa berjumlah RM50,000

SHAH ALAM – Bekas Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Seri Serdang, Noor Hanim Ismail ditahan oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) hari ini bagi membantu siasatan kes salah guna kuasa berjumlah RM50,000.

Noor Hanim, 56, ditahan kira-kira pukul 5.50 petang di pejabat SPRM Selangor ketika hadir memberi keterangan.

Menurut sumber, wanita tersebut dipercayai melantik sebuah syarikat sebagai pembekal bagi Program Masyarakat Pusat Khidmat Dewan Undangan Negeri yang mana syarikat tersebut adalah milik anaknya.

Sementara itu, Pengarah SPRM Selangor, Datuk Alias Salim ketika dihubungi mengesahkan mengenai penahanan tersebut.

“Bekas ADUN itu akan dibawa ke Mahkamah Majistret Shah Alam esok untuk permohonan tahanan reman bagi membantu siasatan kes mengikut Seksyen 23 Akta SPRM 2009,” katanya. – K! ONLINE

loading...

Comments

comments

Powered by Facebook Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *